Pages

Selasa, 21 April 2020

Demi Amanda (4) : Memikirkanmu



Demi Amanda (4)
Memikirkannmu menyebabkan aku sentiasa terjaga,
Memimpikannmu menyebabkan aku sentiasa tertidur,
Bersama denganmu menjadikan aku sentiasa hidup.

Demi Amanda (3) : Setiap Kali Aku Pergi Berjuang


Demi Amanda (3)
Setiap kali aku pergi berjuang,
Aku berjanji kepada diriku sendiri,
Aku mesti hidup untuk bertemu denganmu lagi,
Kerana tugasku untuk melindungimu,
Aku berjanji kepada diriku,
Yang aku akan menang.

Demi Amanda (2) : Aku Akan Sentiasa Mencarimu


Demi Amanda (2)
Aku akan sentiasa mencarimu,
Aku akan sentiasa melindungimu,
Aku tidak akan membiarkan dirimu jatuh,

Aku berjanji..

Demi Amanda (1) : Kau Selamat Denganku


Demi Amanda (1)
Kau selamat denganku,
Aku berjanji,
Dan apabila kau takut,
Lihatlah ke dalam mataku,
Pelukku sedikit erat dan senyumlah,
Kerana aku tidak akan ke mana-mana...